8 Sebab Pembaca Meninggalkan Blog Anda

| Posted in | Posted on 12:54:00 AM

Fuh da lama tak update blog.. Hampir 3 minggu.. Aku buzy sikit sebelum ni
sebab aku exam.. Tak sempat nak update.. Ok lah, back to the tajuk yang aku nak
citer tentang 8 sebab pembaca meninggalkan blog anda.. 



Antaranya ialah :

1. Lagu Di Blog

Bagi aku lebih baik tak payah letak lagu dalam blog sebab ganggu orang nak
baca apa yang korang tulis.. Baru je bukak blog, kuar lagu.. Kadang2 boleh hilangkan 
mood orang nak baca.. Lagi2 time tu tengah layan lagu dalam youtube , sambil bukak blog
korang, kuar lak lagu lain.. Dah jadi dua lagu.. Mesti orang yang nak baca blog tu, terus
klik 'X'.. Kalau nak letak lagu pun , letak la yang boleh stop.. Jangan yang terus
kuar lagu n tak boleh stop..

2. Blog Yang Berlatar Belakangkan Warna Yang Gelap Atau Terlalu Terang..

Sesetengah orang kurang menggamari blog yang menggunakan template/background
yang gelap seperti hitam dan tulisannya biasanya putih atau template yang 'garang' dan terang
seperti merah dan kuning terang.. Bagi mereka yang mempunyai mata yang seperti x-men 
boleh kot melihat blog tersebut dengan selesa.. Maaf la sebab ramai juga yang mengunakan
template hitam.. 

3. Tidak Meletakkan Shoutmix Di Blog.

Hah, yang ini pilihan korang sendiri, sebab biasanya shoutmix (kotak sembang) diletakkan
untuk menaikkan trafik, serta memudahkan pelawat untuk bersembang dengan pelawat lain..
Shoutmix? Kenapa shoutmix? kenapa bukan cbox? bukan apa, aku menggalakkan orang meletakkan shoutmix dalam blog mereka, walaupun kelemahannya ialah lambat, tetapi shoutmix cantik dalam blog mereka, walaupun kelemahannya ialah lambat, tetapi shoutmix cantik berbanding cbox yang buruk dan kelihatan tua serta tak perlu taip nama serta tulis website seperti cbox kerana shoutmix mengamalkan sistem one klik. Tetapi bagi blogger yang fames, tak perlu la letak shoutmix sebab mereka sentiasa dikunjungi pelawat..

4. Blog Yang Disable Right-Click

Aku paling kureng blog yang macam ni sebab aku rasa benda ni lebih banyak menyusahkan
user daripada mendapatkan kebaikan. Mungkin tujuan owner blog tu disable right-clik ialah 
untuk protect content dalam blog dia.. Tapi pada pandangan aku pulak, kalau setakat blog yang
lebih kepada diari atau cerita tentang life owner blog tu, tak perlu la sampai nak disable right
clik. Mungkin kalau grafik dalam blog tu dihasilkan sendiri atau blog tu mengandungi artikel 
yang sangat menarik yang dihasilkan sendiri oleh owner blog, mungkin praktikal bagi dia untuk 
disable right click.. Benda ni kadang2 menyusahkan bila kita tak boleh right click untuk open
link in new window..

5. Lambat Load, Banyak Widget

Ini lagi satu halnya , nak sangat blog kita nampak gempak, macam2 widget kita letak.. Konon jelah 
nampak cantik tapi tak cantik pun sebanarnya.. Kesannya, blog lambat nak load.. Pembaca apa lagi
terus tekan tanda 'X', buang masa tunggu loading.. Satu lagi kerugian buat korang..

6. Tulisan Sekejap Besar Sekejap Kecik + Ejaan Gedik

Mesti korang benci + menyampah bila baca tulisan macam ni.. Aku penah gak jumpa blog yang tulis tulisan macam ni.. Terutama kat blog budak perempuan.. Konon nak ikut trend la..
Pembaca pun pening dengan abjad yang di campur adukkan dengan nombor.. 


7. Tulisan Kecik Sangat

Alahai, tulisan macam semut.. Nak baca kena guna kanta pembesar baru nampak.. Blog-blog
yang tak mesra pembaca ni senang je, terus tekan tanda 'X'. Apalah salahnya guna tulisan 
besar sikit, standard la saiz 12.. Jangan saiz 8..


8. Entri Tiada perenggan



6 tahun kita kat sekolah rendah, 5 tahun kat sekolah menengah.. Cikgu tak ajar ke kalau buat karangan
kena ada perenggan? Bila membaca buku, novel dan sebagainya , kita kadang2 nak berfikir sekejapdan rahat-rehatkan minda kan. Macam man kalau buku kita baca tu takde perenggan langsung. Mesti kita bakar
je buku tu. Tak pun simpan je dalam tong sampah. Penulisan blog pun mesti ada perenggan. Bagi masa kat
pembaca untuk rehat dan berfikir mengenai apa yang kita tulis di blog..






Itu dia 8 sebab telah aku senarai kan.. Kalau ada yang terasa boleh la cepat2 ubah blog
korang k.. hehe.. :)

Comments (28)

mmg la kena tinggalkan blog yg dh masuk... takkan nak tido kt blog org..

no.4 please read my blog :)

okey nabila...

setuju sgt dgn no.6 :D

haha nicee. erk! blog saya itam!

yang stuju no4. . .
yg len xberani la nak komen. . .
mybe saye punye sama gak. . .
huhu. . .
anyway, nice info. . .
:)

hahah..terasa ckit..nak dlete r lagu kat blog tue..kdg2 rse gak menyemaknya

kandungan dalam entry dah ok tapi tajuk tu agak lari la..heheh

lepas orang habis baca blog, kompem dia akan tinggalkan blog..tak kira la femes ke tak dia tetap akan tinggalkan blog tu..:)

tajuk tu kalau tukar "8 perkara yang menyusahkan pembaca blog" ok lagi kot..btw, nice entry..^^,

hmm...nice info but blog pompuan 2 cover ckit..xsmue g2 tau..

good info...klu sudi masuk my blog dan bagi komen...sya budak tua baru belajo huhuhu...

pheww, i'm fail at no 4. damn. HAHA

rasanya blog aisyah takde masalah kot . tapi , aisyah cukup menyampah kalau pergi blog yang pakai tulisan besar kecik tuu . automatik klik ' X ' .

byk kali dah org dah suruh buat benda2 atas tu.. tapi deme degil gak.haha

haha betul tuh. bgus tips ko nih utk yg newbie lg. :)

nice entry...n dylla xterase pon...yay!sb dylla nye blog perfect pon,tp xde spe dtg gak..haha..ngade je..

hmmm bagus...tq info nih byk membantu

Saya stuju apa yang anda tulis dalam post yang bertajuk "8sebab pembaca meninggalkan blog anda".
1)Lagu menganggu mood semasa melayari blog,setiap pc sudah ada lagu yang owner buka untuk halwa telinga sendiri.
2)Latar belakang warna sangat penting.Kena pulak background Merah,orange macam kita masuk bara api..panas mata.
3)...Banyak lagi ilmu2 blog yang perlu di pelajari.Selain perkara2 tu semua.

good post..simple and informative.
nak tambah lagi 1, kalo susun atur tunggang langgang pun pelawat akan konfius button mana nak tekan..:))

Nice and good info...Thanks.

alamak,no2 ade kene mengena ngn sy.. :p cmne ni? btw,nice info ni..

yes. aku tak suka baca blog yang bertulisan gedik2.. eja elok2kan menyenangkan org nk baca.huhu.

dan byk jugak yg macam ada kena mengena dgn sy.hehe.. terasa i..

alamak. blog edy tu ada pasang lagu lak tu. huhuhuhu

mmg betul tu bro.. tp stgh2 blog yg merasakan dah glamor, xkan meletakkan shoutbox dh..

gud tips adek.. tp yg nom 4 tu kan, ade care utk kalaw kite klik ape2 akan jadi new tab.. so xde la susah kan kan kan? hihi

=)

semua betol point nih..hehe
yg KOMEN 1ST tu betol gak :P



slm kenal,
cik ana

aik??? cam prnh tgk je entri ni....mungkin sy prnh sggh kot blog ni....hihi... :P

nombor 2 tu kot buat org lain x suke singgah blog sy yg buruk benar tu....huhuhu :P

penah la tu. hehe

ahahaha. aku suka apa yang kau tulis kat blog kau ni. seriously beb.

http://kaio.my