Template Blog Yang Baru..

| Posted in | Posted on 11:04:00 PM

2


Akhirnya setelah sekian lama mencari template yang sesuai untuk diri aku,
jumpa jugak. template ni yang membuat aku suka tengok sebab ada 
burung biru a.k.a twitter
yang aku tengah gila-gila kat sebelah tepi header. bosan layan facebook lama-lama.
 tak ada apa yang best pun.
tapi aku belum habis lagi nak edit widget kat dalam blog aku ni. 
insyaallah la lepas habis spm ni aku edit kaw-kaw punya lahh. hahaha
hurm, ni la gambar template blog aku yang lama. hanya tinggal sejarah je lah. 


okey lah, sampai sini je aku mampu nak tulis. hehe. jumpa lagi selepas spm.
aku exam 14.11.2011 sehingga 30.11.2011. exam dah dekat tapi study tak pun. 
haha. nampaknya kenalah cukup kan peluru sebelum pergi berperang. 
doakan aku boleh menjawap dengan tenang tau. tata~

8 Sebab Pembaca Meninggalkan Blog Anda

| Posted in | Posted on 12:54:00 AM

28

Fuh da lama tak update blog.. Hampir 3 minggu.. Aku buzy sikit sebelum ni
sebab aku exam.. Tak sempat nak update.. Ok lah, back to the tajuk yang aku nak
citer tentang 8 sebab pembaca meninggalkan blog anda.. 



Antaranya ialah :

1. Lagu Di Blog

Bagi aku lebih baik tak payah letak lagu dalam blog sebab ganggu orang nak
baca apa yang korang tulis.. Baru je bukak blog, kuar lagu.. Kadang2 boleh hilangkan 
mood orang nak baca.. Lagi2 time tu tengah layan lagu dalam youtube , sambil bukak blog
korang, kuar lak lagu lain.. Dah jadi dua lagu.. Mesti orang yang nak baca blog tu, terus
klik 'X'.. Kalau nak letak lagu pun , letak la yang boleh stop.. Jangan yang terus
kuar lagu n tak boleh stop..

2. Blog Yang Berlatar Belakangkan Warna Yang Gelap Atau Terlalu Terang..

Sesetengah orang kurang menggamari blog yang menggunakan template/background
yang gelap seperti hitam dan tulisannya biasanya putih atau template yang 'garang' dan terang
seperti merah dan kuning terang.. Bagi mereka yang mempunyai mata yang seperti x-men 
boleh kot melihat blog tersebut dengan selesa.. Maaf la sebab ramai juga yang mengunakan
template hitam.. 

3. Tidak Meletakkan Shoutmix Di Blog.

Hah, yang ini pilihan korang sendiri, sebab biasanya shoutmix (kotak sembang) diletakkan
untuk menaikkan trafik, serta memudahkan pelawat untuk bersembang dengan pelawat lain..
Shoutmix? Kenapa shoutmix? kenapa bukan cbox? bukan apa, aku menggalakkan orang meletakkan shoutmix dalam blog mereka, walaupun kelemahannya ialah lambat, tetapi shoutmix cantik dalam blog mereka, walaupun kelemahannya ialah lambat, tetapi shoutmix cantik berbanding cbox yang buruk dan kelihatan tua serta tak perlu taip nama serta tulis website seperti cbox kerana shoutmix mengamalkan sistem one klik. Tetapi bagi blogger yang fames, tak perlu la letak shoutmix sebab mereka sentiasa dikunjungi pelawat..

4. Blog Yang Disable Right-Click

Aku paling kureng blog yang macam ni sebab aku rasa benda ni lebih banyak menyusahkan
user daripada mendapatkan kebaikan. Mungkin tujuan owner blog tu disable right-clik ialah 
untuk protect content dalam blog dia.. Tapi pada pandangan aku pulak, kalau setakat blog yang
lebih kepada diari atau cerita tentang life owner blog tu, tak perlu la sampai nak disable right
clik. Mungkin kalau grafik dalam blog tu dihasilkan sendiri atau blog tu mengandungi artikel 
yang sangat menarik yang dihasilkan sendiri oleh owner blog, mungkin praktikal bagi dia untuk 
disable right click.. Benda ni kadang2 menyusahkan bila kita tak boleh right click untuk open
link in new window..

5. Lambat Load, Banyak Widget

Ini lagi satu halnya , nak sangat blog kita nampak gempak, macam2 widget kita letak.. Konon jelah 
nampak cantik tapi tak cantik pun sebanarnya.. Kesannya, blog lambat nak load.. Pembaca apa lagi
terus tekan tanda 'X', buang masa tunggu loading.. Satu lagi kerugian buat korang..

6. Tulisan Sekejap Besar Sekejap Kecik + Ejaan Gedik

Mesti korang benci + menyampah bila baca tulisan macam ni.. Aku penah gak jumpa blog yang tulis tulisan macam ni.. Terutama kat blog budak perempuan.. Konon nak ikut trend la..
Pembaca pun pening dengan abjad yang di campur adukkan dengan nombor.. 


7. Tulisan Kecik Sangat

Alahai, tulisan macam semut.. Nak baca kena guna kanta pembesar baru nampak.. Blog-blog
yang tak mesra pembaca ni senang je, terus tekan tanda 'X'. Apalah salahnya guna tulisan 
besar sikit, standard la saiz 12.. Jangan saiz 8..


8. Entri Tiada perenggan



6 tahun kita kat sekolah rendah, 5 tahun kat sekolah menengah.. Cikgu tak ajar ke kalau buat karangan
kena ada perenggan? Bila membaca buku, novel dan sebagainya , kita kadang2 nak berfikir sekejapdan rahat-rehatkan minda kan. Macam man kalau buku kita baca tu takde perenggan langsung. Mesti kita bakar
je buku tu. Tak pun simpan je dalam tong sampah. Penulisan blog pun mesti ada perenggan. Bagi masa kat
pembaca untuk rehat dan berfikir mengenai apa yang kita tulis di blog..






Itu dia 8 sebab telah aku senarai kan.. Kalau ada yang terasa boleh la cepat2 ubah blog
korang k.. hehe.. :)


Kena Saman : Tidak Pakai Helmet Dalam Taman!

| | Posted on 10:18:00 PM

22


Perhhh!! Memang f*ck betul la polis yang saman aku tu..
Dalam taman pun kena saman..
Macam ni ceritanya, time tu aku kuar la naik motor g jalan2 kat taman aku
& Taman Samarinda.. Tengah syok tengok kedai2 kat Taman Samarinda,
tiba2 ada mamat ni (muka macam perempuan tapi gaya laki) tahan aku..
Aku pun berhenti la.. Tiba2 dia cakap dia polis, pas tu matikan motor aku
& cabut kunci motor aku.. Aku pun pelik la.. 
Tengok  kat sebelah aku ada kereta polis..
ALAMAK..!
Cuak giler aku.. Aku pun dah tak boleh buat pape dah sebab
kunci motor aku dia dah amik.. Terpaksa lah merelakan diri ini
di saman.. Time tu pulak aku tak bawak I/C & tak der lesen motor..
Polis tu tanya aku, nak dua saman or satu saman..
Mesti la satu saman.. Giler dua saman, nak mati
kena marah dengan mak bapak aku..
kat situ ramai la jugak kena saman sebab tak pakai helmet..


Surat saman yang aku terima..

Lepas habis sesi saman-menyaman, aku terus blah dengan
hati yang hampa & panas.. Lepas aku dah blah, aku tengok ramai
yang pakai helmet kat taman tu.. Ada yang tegur aku
''Wey pakai helmet lar, polis ramai.." Arhhh!! Asal la ko tak cakap
kat aku awal2.. Tapi tak pe lah, benda da jadi kan, terpaksalah aku terima..
Time aku nak balik rumah pulak, ada kereta polis trafik kat belakang aku..
Dia suruh aku berhenti (nak saman aku la tu)..
Polis tu turun & tanya aku helmet mana bang? Ada lesen?
Aku pun cakap , dah kena saman lah sambil tunjuk surat saman 
aku kat dia.. Pastu dia terus blah dari situ..
Tapi nasib baik dia tak tambah saman sebab tak der lesen motor..
Kalau tak, beratus la nak kena bayar saman..
Polis trafik tu member aku punya bapak..
Polis tu penah la jugak saman member aku punya pakcik..
Time tu pakcik dia g lah pasar malam kat Taman 
Melaka  Perdana ( sebelah taman je) parking kat sebelah polis tu, 
Tiba2 kena saman sebab tak pakai helmet.
Aku punyalah tergelak time member aku citer..
Sekarang ni aku pulak yang terkena.. Nasib2.. Sob2..





Mari lah layan lagu saman oleh POE..
Korang pun boleh nyanyi lagu ni kalau kena saman..
Mana taw lepas ke.. Untung korang.. haha..
Ala.. Ala.. Tuk.. Tuk jangan saman..